Friday, November 9, 2007

BAGAIMANA UNTUK MENGURUSKAN HUTANG KAD KREDIT ANDA

SMART PLANNING BUILT AROUND YOU

Mengapa Kad Kredit Dipasarkan Begitu Meluas dan Mudah Didapati?
Mengikut statistik terkini yang diperolehi oleh Bank Negara Malaysia, jumlah hutang kad kredit yang masih tertunggak berjumlah RM 10.6 billion dan pasaran kad kredit ini bertambah 20% setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5% sebulan, bank-bank di Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM 159 juta setiap bulan, tidak termasuk caj-caj untuk khidmat lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) atau caj lambat bayar (RM5).

Dengan hasil pulangan sebegini lumayan, hampir kesemua bank berebut-rebut untuk mendapatkan pelanggan bagi menguasai pasaran kad kredit di Malaysia, samada melalui pelanggan baru mahupun pindahan baki dari kad kredit lama. Ini termasuklah Bank Islam yang juga telah memperkenalkan kad kredit mereka sendiri yang berbentuk pembiayaan Islamik. Saya berpendapat, bukan menjadi satu kejutan lagi, jika lebih banyak institusi kewangan lain seperti Bank Rakyat, Malaysian Building Society, Syarikat Insurans &syarikat Unit Trust turut ‘terjun’ ke dalam pasaran ini nanti, samada secara terus menerus, mahupun melalui anak syarikat mereka.

Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit
Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit. Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% - 21%setahun. Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dariTarikh Penyata Bil Bulanan Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan) Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulananuntuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)

Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit. Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia(Laporan CCRIS).

Tanda-Tanda Anda Akan Menghadapi Masalah Hutang Kad Kredit

  • Pada mulanya, anda berjanji akan membayar sepenuhnya barang yang dibeli melalui kad kredit, tetapi cuma bayar sebahagian kecil sahaja apabila penyata diterima.
  • Kad kredit anda sudah penuh atau over-limit.
  • Anda cuma bayar ‘minimum payment’ setiap bulan
  • Anda gagal membuat bayaran 1-2 bulan (bayaran tertunggak) ࠭asuk rekod kredit CCRIS
  • Anda selalu membuat pengeluaran tunai dari kad kredit.
  • Anda berhutang pada 2-3 kad kredit, atau lebih.
  • Anda disenarai-hitam oleh institusi perbankan atau dihadapkan ke mahkamah kerana gagal membayar hutang kad kredit anda


Apa Jadi Apabila Anda Hanya Membayar Jumlah Minima Setiap Bulan?

Dengan hanya membayar jumlah minima setiap bulan, hutang kad kredit RM 10,000 akan selesai sepenuhnya selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.

Jadi, kesimpulan yang anda boleh dapat dari illustrasi di atas adalah, jika anda hanya membayar jumlah minima setiap bulan, : - “semakin tinggi jumlah hutang kad kredit anda, semakin lamalah hutang kad kredit itu akan selesai dan lebih banyak faedah yang anda perlu bayar kepada bank” dan jika anda terus membayar bulanan pada kadar minima dan kemudian, mengguna-semula kad kredit tersebut, maka hutang kad kredit anda tidak akan selesai sampai bila-bila pun!

Tetapi, jika anda sentiasa membayar 5% dari had kredit anda, (contoh : Had Kredit RM 10,000 dan anda membayar RM 500 setiap bulan, tanpa mengguna kad kredit itu semula), hutang kad kredit anda akan selesai dalam masa 2 tahun sahaja.

Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda?

Jika anda mempunyai sejumlah wang yang besar, anda boleh gunakan ia untuk mengurangkan atau menyelesaikan hutang kad kredit anda. Daripada melaburkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap yang hanya memberi pulangan 3.5% setahun atau ke dalam pelaburan yang hanya beri pulangan 9.25% setahun, adalah lebih sesuai jika anda selesaikan hutang kad kredit yang caj faedah 18% - 21% setahun ke atas anda.

Jika anda tidak mempunyai sejumlah wang yang besar dan hanya boleh menyelesaikan hutang kad kredit secara ansuran bulanan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.

1 – Pengurusan Risiko
Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5,000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Insurans hayat. Mengapa insurans itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian atau cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda.

2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit?
Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :-


+ Pendapatan Bersih Bulanan
(-) Pembayaran Bulanan untuk Pinjaman
(-) Perbelanjaan Bulanan _____________________
= Baki Positif (Surplus) atau Baki Negatif (Defisit)?

Kalau ada surplus (+), ini bermakna anda mempunyai lebihan wang yang tidak dibelanjakan dan wang ini boleh digunakan untuk membayar lebih kepada baki hutang kad kredit anda. Kalau baki defisit (-), maknanya anda berbelanja lebih dari pendapatan anda i.e berbelanja lebih dari kemampuan anda. Jadi, tidak hairanlah anda berhutang kad kredit!

Apabila mempunyai baki defisit, anda perlu mengambil tindakan secepat yang mungkin, sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih besar seperti gagal membuat bayaran bulanan kepada hutang pinjaman anda dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal bayar!

Antara tindakan yang anda perlu buat adalah :-


a- Kurangkan perbelanjaan semaksima yang boleh terutamanya yang tidak penting.
b- Susun-semua pinjaman sedia ada (re-financing) sebelum anda menghadapi masalah kewangan
c- Tambah pendapatan sampingan jika boleh

Monday, November 5, 2007

Pinjaman peribadi segera, tanpa penjamin

Kami menyediakan perkhidmatan pinjaman tanpa penjamin kepada mereka yang memerlukan sumber kewangan dengan kelulusan segera.
Kami bukan along atau ceti haram
Kami merupakan syarikat pinjaman berlesen dari kerajaan Malaysia
oleh itu kami mengamalkan setiap dokumentasi secara terperinci.

Kelulusan adalah segera hanya dalam beberapa jam atau dalam 1 hari

Peminjam blacklist dari bank -bank boleh memohon
Pinjaman dari RM1,000.00 ke 10,000.00 kepada mereka yang layak*
Pinjaman Diberi secara tunai.
Segala urusan untuk memproses adalah dilakukan dipejabat utama Kami di Kuala Lumpur

Jika anda mempunyai masalah kewangan yang serius, dan perlukan sumber kewangan dengan cepat, kami menyediakan penyelesaian kepada masalah anda.

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut